SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Menerusi perkongsian pengguna di aplikasi Threads dan TikTok, kawasan yang terjejas di sekitar i-City, Shah Alam; Jalan Meru ke Pasar Klang; Jalan Kebun Tambahan (Seksyen 30) serta Plaza Tol Kota Kemuning menuju ke Klang.

Kawasan lain turut dilanda banjir adalah Taman Sri Muda, Shah Alam; Sungai Undang, Klang; Sementa, Kapar serta Taman Bayu Perdana.

Paras air yang agak tinggi turut menjejaskan pergerakan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di beberapa kawasan terjejas.