Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family) menyerahkan bayaran tuntutan berjumlah RM105,000 kepada penerima manfaat yang juga peserta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) COVR.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Family, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi berkata, ia penyelesaian hibrid patuh syariah yang menggabungkan manfaat pelaburan unit amanah dan perlindungan takaful keluarga melalui satu caruman bulanan.
"Walaupun tiada jumlah wang yang dapat menggantikan kehilangan insan tersayang, kami berharap bayaran tuntutan ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga serta memberikan sedikit kelegaan dalam tempoh yang sukar.
"Pelan yang ditawarkan menerusi kerjasama antara ASNB dan Takaful IKHLAS Family direka untuk membantu peserta membina simpanan jangka panjang, di samping menikmati perlindungan kewangan daripada kejadian yang tidak diduga.









