KUALA LUMPUR: Lans Koperal Thierry Rodger Fendy masih mampu memberikan arahan kepada orang sekeliling untuk berlindung daripada bahaya biar pun cedera ditetak warga asing dalam kejadian di Desa Amanpuri, Kepong pada 11 November lalu.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, anggota terbabit menjalankan tugas dengan prosedur operasi standard (SOP) lengkap dan betul.
Menurutnya, namun keadaan di luar jangkaan menyebabkan perkara tidak disangka berlaku.
“Kalau dilihat dari video dan jawapan yang diberikannya Lans Koperal Thierry, dia masih lagi boleh mengawal keadaan biar pun sedang cedera putus pergelangan tangan.








