KOTA BHARU: Seorang lagi wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan daripada menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan sejak 11 November lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bahari Mohd. Noor digugurkan daripada jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri.

Katanya, penamatan perkhidmatan wakil rakyat tersebut berkuat kuasa pada Rabu lalu dan pemakluman mengenainya sudah dibuat melalui pejabat Ahli MMKN Kelantan.

“Sehubungan itu, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membuat keputusan melantik ADUN Chetok, Datuk Zuraidin Abdullah yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan sebagai Timbalan Exco baharu menggantikan YB Bahari.