KOTA MELAKA– Walaupun baru enam hari melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong tetap menggagahkan diri hadir ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat.Sharifah Nur Aisyah Tengku Syed Naharudin, 20, dari Taman Seri Duyong tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu, ditemani bapanya, Tengku Syed Naharudin Tengku Syed Shahrudin, 45, yang turut mengundi di pusat berkenaan.Ibu muda itu berkata, meskipun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, Astilla Ellara Muhammad Amir Irfan, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Menurutnya, setiap pengundi perlu menggunakan hak masing-masing untuk memilih calon yang dirasakan mampu mentadbir negeri dan membawa suara rakyat."Walaupun dalam pantang, saya rasa sebagai rakyat Malaysia, kita patut memilih calon untuk mentadbir negeri."Urusan saya dipermudahkan dan adik tolong jagakan anak sekejap sementara saya keluar mengundi," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Sementara itu, bapanya, Tengku Syed Naharudin berkata, beliau berpuas hati dengan layanan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu anaknya sepanjang proses berkenaan.Katanya, petugas SPR bertungkus-lumus datang ke rumah dan membantu membawa anaknya ke pusat mengundi bagi membolehkannya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
[VIDEO] PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi
Key takeaways
Seorang ibu muda di Melaka, yang baru bersalin enam hari, tetap keluar mengundi walaupun masih dalam tempoh berpantang.
- Ibu muda itu hadir ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
- Bapanya menyatakan puas hati dengan bantuan petugas SPR yang membantu anaknya ke pusat mengundi.
- Petugas SPR membantu membawa bayi ke pusat mengundi bagi membolehkan ibunya mengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 14, 2026 at 12:43 PM GMT+8
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Sekitar hari pengundian PRN Melaka
- Sinar Harian [VIDEO] PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi (this story)








