Kuala Lumpur: Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, yang sebelum ini kehilangan pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang di Kepong pada 11 November lalu, menunjukkan perkembangan positif apabila kini sudah mula dapat merasakan jari pada tangan yang berjaya disambung semula menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, keadaan anggota berkenaan menunjukkan perkembangan positif berdasarkan maklumat doktor pakar yang merawatnya.

"Alhamdulillah, berdasarkan maklumat daripada doktor pakar yang merawatnya, keadaan beliau menunjukkan perkembangan positif.