Putrajaya: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sedang menjalankan siasatan berhubung aktiviti yang dikaitkan dengan kumpulan De Norsemen Kclub International susulan dakwaan mengenai status pendaftaran pertubuhan itu yang tular di media sosial.
JPPM memaklumkan, semakan rekod jabatan itu mendapati tiada pertubuhan berdaftar menggunakan nama De Norsemen Kclub International.
"JPPM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan perkara ini disiasat secara menyeluruh.
"Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang tertakluk kepada peruntukan yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan hari ini.









