Georgetown: Wanita maut manakala anak perempuan berusia enam tahun parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini, tengah hari tadi.
Mangsa berusia 36 tahun dikatakan baru mengambil anaknya dari sekolah untuk pulang ke rumah mereka di Batu Ferringhi.
Pegawai Pertahanan Awam Tanjung Bungah, Leftenan (PA) Mohammad Lili Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada NG999 pada jam 12.46 tengah hari sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati wanita berkenaan bersama anaknya terbaring di atas jalan raya.









