MANILA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) yang ditandatangani adalah indikasi positif buat negara anggota ASEAN khususnya Malaysia.

Beliau berkata ia dilihat sebagai langkah awal yang penting bagi memudahkan urusan pembayaran rentas sempadan serta menyelaraskan pengisytiharan kastam dalam kalangan negara anggota.

Katanya, kedua-dua langkah berkenaan berpotensi meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dengan penyelarasan pengisytiharan kastam yang akan membolehkan negara anggota melakukan semakan silang terhadap maklumat perdagangan.

"Saya fikir, perkara yang ingin kita lihat pada masa hadapan ialah bagaimana kita dapat menyelaraskan pengisytiharan kastam antara semua negara ASEAN.