MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghargai komitmen dan kerjasama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, tahun lalu.
Beliau berkata kerjasama dengan Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN tahun lalu berjaya menghasilkan perjanjian bersejarah yang membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara.
Tegasnya, Washington komited mempertahankan gencatan senjata serta memastikan pelaksanaan penuh perjanjian berkenaan.
"Kami kekal komited untuk mempertahankan gencatan senjata itu dan memastikan pelaksanaan penuh serta berkesan perjanjian berkenaan seperti yang dipersetujui setahun lalu," katanya pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS), yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di sini Manila, hari ini.








