PETALING JAYA – Satu lagi penghormatan membanggakan diraih penyanyi Ernie Zakri apabila diberi peluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu majlis rasmi hari ini.
Momen istimewa itu berlangsung pada majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia.
Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, peluang tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan, malah antara kenangan terindah sepanjang perjalanan kerjaya seninya.
Menurutnya, persembahan berkenaan turut menjadi wadah mempererat hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis menerusi seni serta muzik.








