Kuala Lumpur: Penyanyi, Ernie Zakri melakar detik manis yang sukar dilupakan dalam karier seninya apabila berpeluang berduet mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, hari ini.
Persembahan istimewa penuh memukau itu berlangsung dalam satu majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin negara berkenaan ke Malaysia.
Ernie, 34, menyifatkan peluang membuat persembahan di hadapan serta bergandingan secara langsung dengan pemimpin tertinggi Perancis itu sebagai satu penghormatan luar biasa dalam hidupnya.
"Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron adalah detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.








