KUALA LUMPUR: Perang mulut antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan berlarutan sehingga sesi terakhir perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang menjadi pembahas ke-28 serta terakhir memaklumkan beliau enggan berbahas kerana Ahli Parlimen lain sudah banyak mengemukakan isu berkaitan kementerian berkenaan.
Justeru, Shahidan berkata beliau hanya ingin menyampaikan pantun yang menyentuh isu adab dan kesopanan dalam kalangan Ahli Parlimen.
"Saya tidak mahu berbahas panjang, sebab ramai kawan-kawan sudah sebut. Saya cuma nak berpantun sahaja.








