KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana menyeludup seorang wanita dari Malaysia ke negara jiran itu dengan menyembunyikannya di bawah timbunan bagasi dalam kenderaannya, semalam.

Jurucakap keselamatan Thailand berkata wanita warga Thailand itu dikehendaki pihak berkuasa negara berkenaan berhubung kes penipuan.

Terdahulu, Toyota Fortuner dipandu lelaki berusia 39 tahun itu ditahan anggota Jabatan Imigresen di lorong pemeriksaan di Kompleks Imigresen Sadao bersebelahan Bukit kayu Hitam di Kedah kira-kira jam 4.50 petang.

"Ketika pemeriksaan, lelaki itu gagal mengemukakan pasportnya menyebabkan anggota bertugas melakukan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan berkenaan.