Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 37 dan 39 tahun berasal dari Kedah itu masing-masing memiliki tiga serta satu rekod lampau bersabit kesalahan narkotik. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Dua daripada lima lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki menyeludup 240 kg syabu, Rabu lepas, dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 37 dan 39 tahun yang berasal dari Kedah itu masing-masing memiliki tiga serta satu rekod lampau bersabit kesalahan narkotik.
“Tiga lelaki lain masing-masing berusia 34, 38 dan 40 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwaribrahimpcmanila20261117_297303.png&w=480&output=webp&q=85&we)