Ketua pembangkang Hamzah Zainudin menegaskan Malaysia mengalu-alukan perdagangan dan kerjasama dengan kuasa besar, namun tidak mahu persaingan mereka dibawa masuk ke dalam institusi atau politik domestik negara.PETALING JAYA: Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menjauhkan diri daripada satu kuasa besar kerana tindakan itu boleh menjejaskan hubungan dengan negara lain juga, kata ketua pembangkang Hamzah Zainudin.
Presiden Parti Wawasan Negara berkata persaingan geopolitik menyebabkan kuasa besar semakin melihat kebergantungan ekonomi antara negara sebagai kelemahan strategik, sedangkan hubungan sedemikian masih penting kepada kemakmuran Malaysia.
"Bagi negara seperti Malaysia, harga yang perlu dibayar mungkin sangat tinggi. Kita tidak boleh begitu sahaja menjauhkan diri daripada satu kuasa besar tanpa menjejaskan hubungan dengan beberapa pihak lain," katanya ketika menyampaikan ucapan khas pada Lugano Global Forum di Switzerland.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwaribrahimpcmanila20261117_297303.png&w=480&output=webp&q=85&we)