KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendedahkan asas penilaian dan kriteria kelulusan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi pembaharuan pajakan selama 99 tahun.
Bekas Ketua Pengarah Sekretariat Angkatan Masa Hadapan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata penjelasan itu penting bagi memastikan ketelusan, keadilan dan tatakelola kerajaan dalam keputusan berkenaan.
Beliau berkata, keputusan mengurangkan premium pada kadar begitu besar sukar diwajarkan, malah tiada penjelasan setakat ini yang mampu meyakinkan rakyat, khususnya orang Melayu.
"Premium asal RM4.67 juta tentu mempunyai asas penilaian. Kalau angka itu betul, bagaimana tiba-tiba boleh menjadi RM1,000? Kalau RM1,000 pula betul, apakah asas penilaian terdahulu?









