SUNGAI BULOH – Identiti dan status kewarganegaraan mayat lelaki yang ditemukan hanyut di sungai berhampiran Kampung Merbau Sempak di sini pada 13 November lalu masih belum dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, keadaan kulit pada bahagian lengan kiri mayat yang mengalami kerosakan menyukarkan proses pengecaman.Menurutnya, mayat lelaki berkenaan ditemukan orang awam sebelum pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.35 pagi."Susulan maklumat diterima, polis bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menjalankan operasi mengeluarkan mayat berkenaan."Pemeriksaan mendapati lelaki itu berbadan berisi dan mempunyai tatu berbentuk bintang di bahagian kanan leher."Mayat ditemukan dalam keadaan tidak berbaju, hanya memakai seluar jeans berwarna biru dan stoking," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki dewasa ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai berhampiran Jambatan Lorong 10, Kampung Merbau Sempak pada 13 November lalu.Dalam pada itu, Mohd Hafiz berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan."Bedah siasat telah dijalankan di Hospital UiTM Puncak Alam pada 13 November lalu kira-kira jam 7.40 malam oleh Pakar Patologi Forensik."Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan identiti lelaki berkenaan supaya tampil membantu siasatan bagi membolehkan polis mengesan warisnya."Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Hafiz Seleman menerusi talian 016-4507492 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222."Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian itu," katanya.
Mayat lelaki bertatu bintang ditemukan hanyut, identiti masih misteri

Key takeaways
Mayat lelaki bertatu bintang ditemukan hanyut di sungai, identiti masih tidak dikenal pasti.
- Mayat lelaki ditemukan di Sungai Buloh pada 13 November, tidak berbaju dan memakai seluar jeans.
- Kulit pada lengan kiri mengalami kerosakan, menyukarkan pengenalan identiti.
- Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mayat mangsa keenam kepala air ditemukan
- Harian Metro Mayat wanita ditemukan dalam sungai
- Sinar Harian Mayat lelaki bertatu bintang ditemukan hanyut, identiti masih misteri (this story)









