PERKEMBANGAN politik pasca-PRN Melaka memperlihatkan suara-suara yang kembali memasang impian untuk membirukan Pulau Pinang.Usaha menerusi naratif Penang Pakat Kalih pada PRN yang lalu juga gagal mengubah mandat rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) untuk terus menerajui negeri ini.Namun, perkembangan politik semasa tidak boleh dipandang ringan. Jika benar UMNO-BN dan Pas mempunyai kecenderungan untuk membentuk kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya akan datang, mereka perlu berterus terang dan menjelaskan pendirian masing-masing.UMNO-BN Pulau Pinang khususnya perlu jujur tentang komitmen mereka terhadap Kerajaan Perpaduan.Tidak wajar terus menikmati perkongsian kuasa dan kedudukan dalam pentadbiran negeri bersama PH, tetapi pada masa yang sama membiarkan hubungan politik dengan pihak yang mahu menumbangkan kerajaan ini terus menjadi tanda tanya.Dalam masa yang sama, PH juga perlu berani membuat keputusan yang jelas dan berprinsip.Kejelasan pendirian di peringkat kepimpinan amat penting supaya rakan-rakan parti di peringkat akar umbi dapat bergerak dengan satu matlamat, tanpa dibebani percaturan politik yang tidak menentu.Secara realistik, gabungan UMNO-Pas sekalipun dijangka hanya mampu memberikan saingan serius di sekitar 15 kerusi DUN.Kerusi campuran dan majoriti bukan Melayu masih mempunyai ruang besar untuk dipertahankan PH melalui kekuatan DAP, PKR dan Amanah.Kekuatan PH juga tidak boleh hanya diukur melalui angka politik. Agenda kebajikan, Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI 2030) merupakan antara usaha kerajaan negeri yang perlu terus diperkasakan bagi meningkatkan keyakinan rakyat, termasuk masyarakat Melayu, terhadap pentadbiran PH.PH perlu tahu siapa rakan yang benar-benar mahu membina kerajaan bersama dan siapa yang sebenarnya sedang menunggu peluang untuk menjatuhkannya.Kita tidak menolak kerjasama politik, malah menghargai semangat Kerajaan Perpaduan. Namun, kerjasama mesti berasaskan kejujuran, kepercayaan dan kesepakatan, bukannya sekadar perkongsian jawatan serta kedudukan.Pulau Pinang tidak memerlukan rakan politik yang hanya bersama ketika berkongsi kuasa, tetapi berbeza arah apabila tiba musim pilihan raya.Sudah tiba masanya semua pihak memperjelaskan pendirian masing-masing demi kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat.*Abrar Sadiq ialah Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Perpaduan atau percaturan dua kolam?

Key takeaways
Perkembangan politik pasca-PRN Melaka menunjukkan keinginan untuk membirukan Pulau Pinang, tetapi usaha lalu gagal.
- UMNO-BN dan Pas perlu jelas tentang kerjasama politik untuk pilihan raya akan datang.
- UMNO-BN Pulau Pinang perlu jujur tentang komitmen terhadap Kerajaan Perpaduan.
- Gabungan UMNO-Pas dijangka hanya mampu saingi di sekitar 15 kerusi DUN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ABRAR SADIQ
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pilihan raya AS musnahkan kerajaan perpaduan Netanyahu
- Free Malaysia Today DAP pertahan pendirian, dakwa Umno uji batas perjanjian kerajaan perpaduan
- Harian Metro Netanyahu mahu kerajaan perpaduan, Eisenkot curiga
- Sinar Harian Kerajaan Perpaduan atau percaturan dua kolam? (this story)









