SHAH ALAM – Bermula sebagai guru Matematik Tambahan, minat mendalam terhadap bahasa Melayu sejak bangku sekolah membawa Alex Leong Jun Wei mengubah haluan kerjayanya sehingga berjaya diiktiraf sebagai Munsyi Dewan pada tahun 2018 dan dinobatkan sebagai Tokoh Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.Meskipun memiliki latar belakang akademik dalam bidang Sains dengan Pendidikan, pengkhususan Matematik dan minor Kimia, Alex tidak pernah menjadikan perbezaan bidang pengajian sebagai penghalang untuk mendalami bahasa kebangsaan yang amat dicintainya itu.Sebaliknya, minat yang dipupuk sejak zaman persekolahan mendorong beliau mencari peluang untuk mengajarkan Bahasa Melayu sebaik memulakan kerjaya sebagai pendidik kira-kira 23 tahun yang lalu.Alex berkata, pada tahun pertama perkhidmatannya, beliau mengajarkan Matematik Tambahan sebelum memohon pihak sekolah untuk diberi peluang mengendalikan kelas Bahasa Melayu pada tahun berikutnya.Menurutnya, pihak sekolah memberikan kepercayaan kepadanya selepas beliau menyatakan minat serta kesediaan untuk mengajarkan subjek berkenaan."Saya menceritakan minat saya dan memberitahu pihak sekolah bahawa saya boleh mengajarkan Bahasa Melayu. Pihak sekolah kemudian memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan beberapa kelas."Dalam masa sama, saya turut memohon melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Bahasa Melayu," katanya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, pengiktirafan Alex sebagai Tokoh Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan (KPM) 2026 yang dikongsikan dalam Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah tular dalam media sosial. Bagi memperkukuh pengetahuan dan kelayakan dalam bidang berkenaan, beliau turut mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen pada tahun 2013 yang melayakkan beliau memperoleh opsyen Bahasa Melayu selain Matematik dan Kimia.Usaha itu membuahkan hasil apabila Alex menerima pengiktirafan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) pada 2018, sekali gus mengukuhkan tekadnya untuk terus menyumbang kepada pemartabatan bahasa Melayu.Lebih membanggakan, usaha tersebut turut membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.Alex berkata, beliau berasa sangat bangga dan bersyukur kerana segala usaha yang dilakukan selama ini akhirnya mendapat pengiktirafan."Penilaiannya sangat ketat dan banyak sumbangan, penerbitan, inovasi serta pencapaian dari peringkat organisasi sehinggalah peringkat antarabangsa yang perlu kita buktikan sebelum layak untuk dinobatkan.""Jadi, dari tahun ke tahun saya cuba memantapkan apa-apa kekurangan, sama ada dari segi dokumentasi, sumbangan mahupun penerbitan buku dan artikel," katanya.Mengulas persepsi bahawa bahasa Melayu lebih sinonim dengan masyarakat Melayu, Alex berkata, tanggapan sedemikian tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kaum lain untuk menguasai bahasa kebangsaan.Menurutnya, minat terhadap bahasa Melayu tidak seharusnya dibatasi oleh latar belakang kaum kerana terdapat ju
Dulu guru Matematik Tambahan, kini Alex Tokoh Bahasa Melayu

Key takeaways
Alex Leong Jun Wei pernah menjadi guru Matematik Tambahan sebelum beralih ke bidang Bahasa Melayu dan diiktiraf sebagai Tokoh Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan.
- Alex bermula sebagai guru Matematik Tambahan sebelum beralih ke Bahasa Melayu.
- Beliau diiktiraf sebagai Munsyi Dewan pada 2018 dan Tokoh Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan pada 2026.
- Beliau memohon untuk mengajar Bahasa Melayu selepas memulakan kerjaya sebagai pendidik sekitar 23 tahun lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Dulu MOU matang, kini CSA dajjal?
- Sinar Harian Dulu guru Matematik Tambahan, kini Alex Tokoh Bahasa Melayu (this story)









