KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman berkata, siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan."Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.- Bernama
Polis siasat dakwaan kumpulan jenayah terancang, Vikings dari Nigeria bertapak dalam negara

Key takeaways
Polis sedang menyiasat dakwaan kumpulan jenayah terancang dari Nigeria yang dikenali sebagai Vikings di Malaysia.
- PDRM sedang menyiasat kesahihan dakwaan mengenai kumpulan jenayah dari Nigeria.
- Siasatan sedang dijalankan untuk mendapatkan pengesahan berkenaan maklumat tersebut.
- Dakwaan kumpulan itu menjadi perhatian selepas hantaran di media sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Aktivis desak IGP siasat dakwaan polis peras OKU pekak RM6,590
- Sinar Harian Polis siasat dakwaan kumpulan jenayah terancang, Vikings dari Nigeria bertapak dalam negara (this story)








