PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya diminta menyerahkan wang RM100 kepada individu dipercayai anggota polis ketika ditahan di sekitar kawasan KSL, Johor Bahru.
Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa wang berkenaan merupakan wang untuk membeli ubatnya selepas dia mengalami masalah kesihatan kronik dan tidak bekerja sejak dua bulan lalu.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @osyinsyiffs mendakwa suaminya ditahan kira-kira pukul 10.40 malam oleh seorang lelaki yang tidak memakai seragam polis.
Menurutnya, lelaki berkenaan didakwa meminta wang RM100 dengan alasan terdapat dua kesalahan yang dilakukan suaminya.








