BERA: Seorang wanita lebam pada leher selepas rantai dipakainya diragut seorang lelaki bermotosikal selepas membeli makanan di tepi Jalan Pasar, Triang, di sini, semalam.

Suspek yang menaiki motosikal Yamaha LC135 berwarna gelap melarikan diri sejurus kejadian yang berlaku jam 4.40 petang itu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian leher dan mendapatkan rawatan di Hospital Bera.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.40 petang sebelum membuka kertas siasatan.