KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur merekodkan rampasan bernilai lebih RM7.2 juta hasil tindakan penguatkuasaan membabitkan 574 kes sehingga 30 Oktober lalu.
Sebanyak 30,977 premis diperiksa di seluruh ibu negara sepanjang tempoh berkenaan, dengan kes direkodkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Sabri Seman, berkata nilai keseluruhan rampasan yang direkodkan ialah RM7,208,162.76, manakala kompaun yang dihasilkan berjumlah RM658,650.
Beliau berkata, denda berjumlah RM384,400 pula dikenakan menerusi tindakan perundangan dan proses mahkamah.









