SHAH ALAM- Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang berbahas sebagai wakil rakyat ketika masih menjalankan fungsi sebagai pengerusi persidangan disifatkan tidak wajar kerana mewujudkan konflik kepentingan.Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, seseorang pengerusi yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan sebagai wakil rakyat tidak boleh pada masa sama menjalankan fungsi sebagai pengerusi Dewan Rakyat."Justeru, kedudukan seorang pengerusi adalah berkonflik kepentingan jika pada masa sama beliau ingin berhujah sebagai wakil rakyat."Jangan salah faham, pengerusi yang merupakan wakil rakyat boleh berhujah di Dewan Rakyat, tetapi pada masa itu beliau tidak boleh menjalankan fungsi sebagai pengerusi majlis. Itu isunya," katanya dalam satu video pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor meninggalkan kerusi Speaker untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi membahaskan Belanjawan 2027 yang telah mencetuskan bantahan beberapa ahli Parlimen.Bantahan itu dibangkitkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN - Beluran) yang mempersoalkan tindakan Ramli berbahas di Dewan Rakyat ketika masih memegang peranan sebagai Timbalan Yang Dipertua.Menurut Ronald kerusi Speaker tidak sepatutnya dibiarkan kosong sepanjang persidangan berlangsung dan seseorang perlu dilantik sementara untuk mengendalikan urusan Dewan ketika Timbalan Speaker mengambil bahagian dalam perbahasan.Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, isu berkenaan bukan sekadar tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat seperti Peraturan 99, 99A, 100 dan 7, sebaliknya perlu dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.Beliau berkata, Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada penggubalan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang mengawal selia perjalanan persidangan."Jawapan khususnya terkandung di bawah undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan."Di bawah Perkara 62 Fasal 1, setiap prosedur di Dewan Rakyat dikendalikan menurut prosedur yang ditetapkan oleh Dewan itu sendiri," katanya.Menurutnya, Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan prosedur pelantikan wakil rakyat sebagai pengerusi sementara sekiranya berlaku kekosongan atau ketidakhadiran Speaker dan Timbalan Speaker.Jelasnya, pengerusi perlu membuat keputusan sekiranya terdapat wakil rakyat lain yang ingin membangkitkan sesuatu isu atau mencelah ketika perbahasan berlangsung."Pegangan dan penetapan Cameron Highlands bahawa beliau boleh menjadi pengerusi majlis pada masa beliau berucap sebagai wakil rakyat adalah salah."Pada bila-bila masa jika mana-mana wakil rakyat ingin membangkitkan apa-apa isu atau mencelah tanpa kebenaran, di situlah pengerusi akan membuat keputusan untuk menahan dulu ucapan Cameron Highlands," katanya.Beliau berkata, Timbalan Speaker juga tidak wajar memakai jubah dan topi rasmi Speaker ketika mengambil bahagian dalam perb
Timbalan Speaker berbahas ketika pengerusikan Dewan Rakyat tidak wajar - Peguam

Key takeaways
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, dianggap tidak wajar berbahas sebagai wakil rakyat ketika masih memegang kerusi, kerana konflik kepentingan. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menegaskan pengerusi tidak boleh berbahas sekaligus.
- Peguam menegaskan pengerusi tidak boleh berbahas dan memegang kerusi serentak.
- Ramli meninggalkan kerusi Speaker untuk membahaskan Belanjawan 2027.
- Ronald Kiandee menuntut pengganti sementara bagi kerusi Speaker semasa perbahasan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dewan Rakyat kecoh Timbalan Yang Dipertua turun bahas belanjawan
- Free Malaysia Today Ahli Parlimen bantah timbalan speaker berbahas sambil jadi pengerusi
- Malaysiakini (BM) Dewan kecoh: 'Ramli speaker, Ramli juga pembahas'
- Sinar Harian Timbalan Speaker berbahas ketika pengerusikan Dewan Rakyat tidak wajar - Peguam (this story)








