Beberapa Ahli Parlimen mempersoalkan sama ada Timbalan Speaker Ramli Nor, yang juga wakil rakyat Cameron Highlands boleh terlibat dalam perbahasan sebagai Ahli Parlimen dan pada masa yang sama mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat.KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Nor mencetuskan bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen selepas beliau meninggalkan kerusi Speaker untuk mengambil bahagian dalam perbahasan sebagai Ahli Parlimen, sambil terus mempengerusikan persidangan.

Tindakan itu menyebabkan Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mempersoalkan sama ada Ramli boleh bertindak sebagai speaker dan peserta dalam perbahasan Parlimen pada masa yang sama.

Ramli, Ahli Parlimen Cameron Highlands, berkata beliau meneliti Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan mendapati tiada peruntukan yang melarangnya berucap dari tempat duduk Ahli Parlimen sambil terus mempengerusikan persidangan.