Kuala Lumpur: Persidangan Dewan Rakyat hari ini, kecoh seketika apabila Datuk Dr Ramli Mohd Nor, bangun dari kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum menyampaikan ucapan perbahasannya daripada tempat duduk Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Situasi itu tercetus ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan Belanjawan 2027 Kementerian Kerja Raya (KKR), yang ketika itu dipengerusikan Ramli.

Bagaimanapun, Ramli menegaskan, beliau tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua sepanjang sesi berkenaan.

"Saya juga Timbalan Yang Dipertua. Saya memilih untuk bercakap di kerusi saya (Cameron Highlands) dan itu tidak mengetepikan apa-apa peraturan selepas semakan.