KUALA LUMPUR: Accent Petaling Jaya (Accent), pembangunan kediaman premium Avaland Bhd merekodkan kadar pengambilan sebanyak 60 peratus pada hari pertama pelancaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Avaland, Apollo Bello Tanco, berkata projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta itu menawarkan konsep kediaman bandar premium yang menggabungkan keluasan dan privasi rumah bertanah dengan kemudahan gaya hidup lebih menyeluruh dalam persekitaran berkepadatan rendah.
Beliau berkata, kejayaan pelancaran Accent mencerminkan keupayaan kumpulan memenuhi keperluan pasaran menerusi penawaran kediaman berbeza yang mengambil kira lokasi strategik, reka bentuk inovatif dan perubahan aspirasi pembeli rumah.
Katanya, strategi kumpulan bukan berasaskan pendekatan satu penyelesaian untuk semua, sebaliknya memahami perbezaan keperluan, pilihan gaya hidup dan kemampuan pembeli daripada pelbagai segmen pasaran kediaman.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
