COTABATO CITY (Filipina): Ejen antidadah Filipina dengan bantuan polis dan anggota Marin Filipina menggagalkan cubaan seorang rakyat Malaysia bersama rakan subahatnya warga Filipina untuk menjual dadah jenis syabu bernilai PHP13.4 juta (AS$209,600) dalam operasi penyamaran pembelian dadah di Tawi-Tawi pada hujung minggu, menurut pegawai, hari ini.
Agensi Berita Filipina (PNA), melaporkan bahawa kedua-dua suspek maut selepas melepaskan tembakan ke arah anggota penguat kuasa dalam operasi kira-kira jam 4.50 petang semalam di Barangay Tubig Mampallam, Bongao, Tawi-Tawi, apabila menyedari mereka berurusan dengan ejen antidadah.
Pegawai Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) wilayah Tawi-Tawi, Abraham Solon Kalim, mengenal pasti suspek yang maut sebagai rakyat Malaysia, Janimal Hajad, yang juga dikenali sebagai "Ungod" dan warga Filipina, Sansibar Amirul Amil.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
