Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memantau perkembangan serta mendapatkan pengesahan menyeluruh berhubung status pendaki negara, Muhammad Hawari Hashim, yang hilang ketika ekspedisi di Gunung Everest, Nepal sejak tiga tahun lalu.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, usaha mendapatkan kepastian berhubung status pendaki berkenaan memerlukan pembabitan pelbagai pihak dan tidak boleh digerakkan oleh satu pihak sahaja.
"Kita mahu memastikan adanya legitimasi atau pengesahan secara menyeluruh dan KBS sentiasa terbuka untuk memastikan kerjasama antara semua pihak.
"Ia perlu merangkumi semua aspek termasuk kekuatan jentera dan sebagainya. Kita akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa ke arah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Town Hall MADANI Fellowship Bersama Menteri Belia Dan Sukan di KBS hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
