Kuala Lumpur: Tindakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, membacakan pantun berbentuk sindiran ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kekecohan dan bantahan beberapa Ahli Parlimen.
Ahmad yang membahaskan peruntukan Belanjawan 2027 Kementerian Kerja Raya (KKR) di peringkat jawatankuasa berbuat demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sebelum membacakan pantun yang didakwa menyindir parti politik tertentu.
"Ada banyak lagi janji yang tidak tertunai, saya ada pantun tentang itu. Nak dengar ke tidak?
"Jika tuan pergi memancing jangan lupa membawa umpan. Jika tidak mahu kena kencing, sokong Barisan (Nasional) dan Perikatan (Nasional)," katanya.






