KUALA LUMPUR: Pantun Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan yang disifatkan ahli lain sebagai sindiran kepada parti politik tertentu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad yang membahaskan peruntukan Belanjawan 2027 Kementerian Kerja Raya (KKR) di peringkat jawatankuasa berbuat demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sebelum membacakan pantun yang didakwa menyindir parti politik tertentu.

"Ada banyak lagi janji yang tidak tertunai, saya ada pantun tentang itu. Nak dengar ke tidak?

"Jika tidak mahu kena kencing, sokong Barisan (Nasional) dan Perikatan (Nasional)," katanya.