KUALA LUMPUR: Romel Morales, Paulo Josue atau Syafiq Ahmad menjadi antara calon berpotensi mengganti tempat Fergus Tierney di bahagian serangan bagi aksi persahabatan menentang Yaman, esok.

Ketua jurulatih interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan Tierney tidak boleh diturunkan dalam perlawanan itu selepas dilayangkan kad merah ketika menentang China, Sabtu lalu.

Beliau menjelaskan barisan kejurulatih sedang membuat penilaian untuk memilih pemain terbaik bagi menggantikan Tierney dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre.

"Memang Fergus dapat (dua) kad kuning ketika menentang China dan dia akan terlepas peluang beraksi menentang Yaman nanti. Kita ada dua tiga pilihan untuk menggantikan Fergus seperti Morales, Josue dan Syafiq.