MADRID: Bintang Real Madrid, Vinicius Junior mengakui persiapan kurang rapi selepas Piala Dunia serta spekulasi perpindahan yang melingkari masa depannya mungkin menjadi punca prestasi tidak konsisten pada awal musim ini.
Pemain sayap Brazil itu berkata, dia tidak menjalani latihan secukupnya ketika cuti selepas kejohanan berkenaan, sekali gus menjejaskan persediaannya untuk mengharungi musim baharu bersama Los Blancos.
Vinicius berkata, penyingkiran awal Brazil pada Piala Dunia sebelum ini turut memberi kesan kepadanya sehingga memilih untuk menggunakan tempoh cuti bagi berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Saya rasa persiapan saya selepas Piala Dunia tidak sebaik yang sepatutnya kerana impak kejohanan itu sangat besar kepada semua rakyat Brazil.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
