KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, 55, merancang mendirikan rumah tangga dengan model dan ratu cantik, Francisca Luhong James, 31, pada pertengahan tahun depan.

Hans berkata, beberapa persiapan perlu diselesaikan sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan, termasuk mengikuti kursus perkahwinan selama enam minggu serta mengadakan majlis pertunangan mengikut adat keluarga Francisca di Sarawak, Januari ini.

"Buat masa ini, majlis pertunangan bagi pihak saya di Paris, Perancis, kira-kira tiga minggu lalu sudah selesai.

"Selepas ini, kami perlu meluangkan masa mengikuti kursus perkahwinan selama enam minggu.