KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, memberi keterangan hampir dua jam di Bukit Aman, di sini, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.

Sebelum itu, Hassan yang memakai sut coklat dilihat masuk seorang diri ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, jam 2.50 petang.

Hassan yang ditemui selepas memberi keterangan berkata, beliau menjawab kira-kira 20 soalan.

"(Saya beri keterangan) Berkaitan sajak tulisan saya yang tular di media sosial dan saya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.