KUALA LUMPUR: Kekalahan kepada China perlu segera dilupakan apabila Harimau Malaya dituntut bangkit memperagakan aksi lebih bertenaga ketika berdepan Yaman dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China, esok.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pemain perlu menjadikan perlawanan itu sebagai peluang untuk memperbaiki kesilapan selain membuktikan kemampuan sebenar pasukan selepas keputusan bertemu Cina tempoh hari.
Harimau Malaya sebelum ini tewas 0-2 kepada tuan rumah China pada Sabtu lalu selepas dibolosi dua jaringan awal Wang Yudong pada minit ke-10 dan Zhang Yuning pada minit ke-19. Jaringan Fergus Tierney pada minit ke-77 pula dibatalkan selepas semakan VAR sebelum pemain itu dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml13_188888.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)