Kuala Lumpur: Pemain tengah skuad kebangsaan, Safawi Rasid bertekad mahu memastikan kehadirannya dalam kem latihan pusat Harimau Malaya kali ini mampu memberi impak signifikan buat pasukan negara bagi dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman.

Pemain lincah itu bertekad mengembalikan semula sentuhan berbisa serta pengaruhnya di padang, sekali gus membuktikan kepercayaaan barisan kejurulatihan untuk memanggilnya kembali menyarung jersi kebangsaan akan membawa perubahan besar kepada jentera serangan.

Pemain Kuching City FC itu juga meletakkan sepenuh kudrat untuk membantu Harimau Malaya mencapai keputusan positif sekali gus memanfaatkan peluang ini untuk mengembalikan prestasi terbaiknya di peringkat antarabangsa.