PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang selepas melamar wanita pilihan hatinya, Francisca Luhong, di Paris, Perancis.

Lebih romantis, lamaran tersebut berlangsung dengan berlatarbelakangkan Menara Eiffel, sekali gus menjadi detik istimewa buat pasangan berkenaan.

Berita gembira itu dikongsikan Hans menerusi sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan beberapa foto bersama bakal isterinya yang juga merupakan ratu cantik.

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa syukur dan gembira apabila Francisca menerima lamarannya, malah menyifatkan keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan sebagai pilihan terbaik dalam hidupnya.