KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, mendedahkan kementeriannya hanya menerima separuh peruntukan berbanding keperluan sebenar yang dimohon bagi tujuan penyelenggaraan jalan iaitu kira-kira RM5 bilion hingga RM6 bilion.
Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) hanya menerima peruntukan RM2.68 bilion pada 2026, manakala bagi 2027 jumlah yang diluluskan adalah RM2.59 bilion.
Katanya, kekurangan peruntukan itu antara faktor menyebabkan kerja penyelenggaraan dan penurapan jalan di seluruh negara tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut keperluan.
"Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu jalan yang belum diturap sepenuhnya atau memerlukan kerja penurapan semula, antara puncanya ialah kekangan peruntukan.









