KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerusi usaha sama (JV) pada nisbah 80:20 dengan Feng Shun Construction Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memperoleh kontrak bernilai NT$21.02 bilion (kira-kira RM2.61 bilion) bagi melaksanakan kerja reka bentuk dan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Bawah Tanah Keelung di Taiwan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat kejuruteraan dan pembinaan itu memaklumkan kontrak berkenaan telah diberikan Jabatan Sistem Transit Aliran Massa, Kerajaan Bandar Raya New Taipei pada 16 November 2026.

"Projek tersebut merangkumi kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 2.4 kilometer yang merentasi Daerah Nangang (Bandar Raya Taipei) hingga Daerah Xizhi (Bandar Raya New Taipei) termasuk dua stesen bawah tanah.