Sebelum ini, dilaporkan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang berada di landasan tepat untuk mula beroperasi pada 2031. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menganugerahkan pakej Kontrak Utama Sivil 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion kepada syarikat usaha sama antara China Communications Construction Company, TRC Construction Sdn Bhd, dan Ufuk Semarak Sdn Bhd.
CMC2 merangkumi reka bentuk dan pembinaan jajaran lanjutan Laluan Mutiara Pulau Pinang hampir 5.5km dari Lebuh Macallum ke Penang Sentral di Butterworth, termasuk jambatan merentasi laut sepanjang 3.05km.
MRT Corp berkata, jambatan tersebut akan mempunyai bukaan navigasi bagi membolehkan kapal melintasi kawasan itu untuk ke pelabuhan Perai dan Butterworth.






