Polis menahan tiga ahli keluarga susulan kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai didera dan dipukul sehingga maut di Seremban, berpandukan bukti rakaman video tular di TikTok.
SEREMBAN: Tiga individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an.
“Hari ini, polis menerima laporan berkenaan satu video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia semalam.








