Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkata tiada perubahan resipi roti dan ia mematuhi SOP keselamatan makanan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kilang roti di Shah Alam susulan dakwaan keracunan makanan yang tular di media sosial.
KKM berkata, ia sedang menunggu keputusan analisis makmal berhubung produk terbabit dan akan memeriksa kilang itu bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Makanan.
"Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil, sekiranya terdapat bukti pelanggaran atau risiko keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan.
KKM memaklumkan pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berhubung dakwaan keracunan makanan itu.








