Key takeaways
Bekas juara dunia tinju tiga kali, Jorge Linares, ditahan oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) di sempadan Texas. Peguamnya mengesahkan Linares berada di AS secara sah dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini.
- Linares, 41 tahun, bersara daripada tinju pada 2023 dan mengesahkan penahanannya melalui media sosial.
- Peguam menyatakan Linares berada di AS secara sah dan bekerjasama sepenuhnya dengan ICE serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
- Presiden Persatuan Tinju Dunia (WBA), Gilberto Mendoza, turut mengesahkan petinju itu berada dalam tahanan ICE.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Houston: Bekas juara dunia tinju tiga kali, Jorge Linares ditahan pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) di Texas, perkara itu disahkan sendiri oleh petinju berkenaan dan peguamnya.
Bekas juara dunia dari Venezuela berusia 41 tahun itu yang bersara daripada sukan tinju pada 2023, memaklumkan menerusi media sosial bahawa dia ditahan oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
"ICE menahan saya di pintu masuk sempadan Texas. Ini memang gila," tulis Linares menerusi satu kenyataan di platform X. Linares tidak membuat sebarang hantaran sejak itu.
Peguam yang mewakili petinju berkenaan turut mengesahkan penahanannya menerusi kenyataan di media sosial, sambil menegaskan bahawa Linares berada di AS secara sah.