Houston: Bekas juara dunia tinju tiga kali, Jorge Linares ditahan pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) di Texas, perkara itu disahkan sendiri oleh petinju berkenaan dan peguamnya.
Bekas juara dunia dari Venezuela berusia 41 tahun itu yang bersara daripada sukan tinju pada 2023, memaklumkan menerusi media sosial bahawa dia ditahan oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
"ICE menahan saya di pintu masuk sempadan Texas. Ini memang gila," tulis Linares menerusi satu kenyataan di platform X.
Peguam yang mewakili petinju berkenaan turut mengesahkan penahanannya menerusi kenyataan di media sosial, sambil menegaskan bahawa Linares berada di AS secara sah.









