KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerima pengiktirafan Ikon Sukan Terbaik pada Anugerah SEBA Asean Elite 2025-26 yang berlangsung di sini, semalam.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau dalam pembangunan sukan negara.

Norza yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata penghormatan berkenaan menjadi suntikan semangat untuk beliau terus memperkukuh usaha memajukan sukan tanah air.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas pengiktirafan itu yang disifatkannya sebagai bukti bahawa usaha yang dilakukan selama ini mendapat perhatian dan pengiktirafan.