New York: Sejumlah laman web paling popular di dunia, termasuk milik Zoom, HSBC, Equifax, CNN, Salesforce dan Ikea, diceroboh dalam usaha mencuri mata wang kripto serta menjangkiti virus peranti iPhone, menurut seorang penyelidik keselamatan pada Isnin.
Kod JavaScript berniat jahat disasarkan kepada pelawat laman web milik 178 organisasi daripada pelbagai sektor menerusi Optimizely, iaitu platform pengoptimuman laman web, menurut penyelidik, Scott Helme.
Optimizely mengesahkan insiden itu dan berkata pihaknya mengenal pasti insiden keselamatan apabila pihak tidak dibenarkan mengeksploitasi kelemahan dalam fungsi Experimentation dan menggunakannya untuk memasukkan kod JavaScript berniat jahat ke dalam beberapa projek pelanggan.









