TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Pulau Qeshm milik Iran di Selat Hormuz pada Selasa.

Serangan itu dibuat beberapa jam selepas Pengawal Revolusi Iran mendakwa menyerang pangkalan tentera yang digunakan Washington di Bahrain.

Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas, kini menjadi tumpuan perang di Asia Barat yang masih buntu, dengan tentera AS berusaha melindungi kapal yang melintasi laluan berkenaan daripada cubaan Iran menutupnya.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, jet pejuang negara itu menggunakan senjata berketepatan tinggi untuk membedil tapak pelancaran peluru berpandu milik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Pulau Qeshm.