Hamilton (Kanada): Pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara atas alasan mempertahankan diri terhadap tapak pelancaran peluru berpandu Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Pulau Qeshm, Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan media AS.
Dua pegawai tentera AS mengesahkan serangan itu kepada Fox News.
"Awal hari ini, pesawat pejuang AS menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi untuk menyerang tapak pelancaran peluru berpandu IRGC di Pulau Qeshm sebagai langkah mempertahankan diri.
"Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif IRGC yang menyasarkan anggota dan aset AS.









